Jason disahkan menghidap penyakit jantung pada 20/10/17. Pada ketika itu pernafasannya sangat laju dan sukar untuk bernafas. Selain itu, dia juga tidak mahu menyusu dan mengakibatkan berat badannya menyusut dan sering kali menangis. Kami sebagai ibubapa sangat sedih apabila doktor memberitahu keadaan anak kami yang menghidap penyakit jantung.
Jason Johny ( 2021 )
Kami sekeluarga sangat bersyukur kepada Tuhan dan terhutang budi serta berterima kasih kepada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF), Datuk Eva Susau dan staff SOSHF, badan NGO Korean Food For The Hungry International (KFHI) Sabah, Mr. & Mrs. Lee, semua doktor dan jururawat di HWKKS Likas dan Hospital Sejong, Korea yang telah membenarkan Tuhan menggunakan mereka sebagai saluran berkat untuk menyembuhkan saya.
Kini saya membesar dengan sihat dan cerdas dalam pelajaran serta aktif dalam kokurikulum di sekolah. Saya juga menyertai seni mempertahankan diri Taekwondo.Hanna Faith ( 2021 )
Lewybrilliantlee Fatlee (Lewy) kini berumur 5 Tahun dan berasal dari Kg. Parapat Darat, Kudat. Lewy adalah anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Doktor mengesahkan bahawa Lewy menghidap penyakit jantung pada 18.12.2017 di Hospital Queen Elizabeth 2, ketika berumur 1 tahun 5 bulan.
Lewybrilliantlee Fatlee (Lewy) ( 2021 )
In January 1988, I was sent to Singapore for operation. It was a successful operation. After the operation, I felt the difference and I lived a normal life like any teenager of my age.
Today, I am married with Jacqueline Anthony and together we have 5 lovely children. I also practice a healthy diet and taking supplement to maintain health without relying on medicines.
James Stephen
Dan syukur doa kami didengar, doktor yang merawat Georgina memberitahu kami bahawa SOS Heart Fund telah memilih Georgina untuk menjalankan pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. Perbelanjaan pembedahan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh SOS Heart Fund. Georgina berumur 4 bulan semasa menjalani pembedahan tersebut. Dengan bantuan SOS Heart Fund, Georgina dapat sembuh dan kini perkembangan kesihatannya semakin baik. Bantuan daripada SOS Heart Fund merupakan berkat yang amat besar kepada kami.
Georgina Fl
Di sini mama Jannah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah dan pihak hospital kerana telah membantu Jannah. Kami tidak dapat membalasnya walau dengan nyawa sekali pun kerana bantuan mereka terlalu besar dan amat bermakna buat kami, hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik mereka.
Nurjannah Fatimah ( 2021 )
Zuhairi berjaya menjalani pembedahan jantung di Gleneagles Intan Medical Centre atas tajaan Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah, ketika berumur 2 tahun. Kini Zuhairi sudah berumur 22 tahun dan masih lagi mendapat rawatan hospital, tetapi keluarga dan rakan-rakan sering memberi semangat, kekuatan dan keyakinan kepadanya.
Mohd Zuhairi ( 2020 )
Herlena, 8 years old girl hailed from Tenom. Herlena was diagnosed with moderate ventricular septal defect which needs a VSD closure. Herlena has a younger sister and the father is the only bread earner with 5 other members to support.
Herlena Magdalena ( 2022 )
Selepas pembedahan, hati saya berasa cukup lega. Saya melihat semua kanak-kanak dari Malaysia selamat dibedah dan proses penyembuhan juga cepat, Puji Tuhan. Saya juga amat bersyukur kerana dapat bersama-sama dalam kumpulan ini. Setiap ibu-ibu dapat bekerjasama dan tolong-menolong. Kami seperti sebuah keluarga walaupun ada yang berlainan agama.
Irene Foo Yi Ting ( 2020 )

