Mohd Zuhairi
Mohd Zuhairi merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik-beradik. Kami mendapat tahu bahawa Zuhairi menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan pada tahun 1998. Keadaanya ketika itu ialah tidak berapa menyusu, jika dia jatuh dia akan pengsan sekejap, bibir kebiruan, mudah demam, amat sensitif dan mudah mendapat jangkitan kuman di paru-paru terutama jika batuk dan selalu dimasukkan ke hospital.
Zuhairi berjaya menjalani pembedahan jantung di Gleneagles Intan Medical Centre atas tajaan Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah, ketika berumur 2 tahun, dan memang pertama kali menaiki kapal terbang. Walau bagaimanapun, kami tetap mendapat sokongan daripada ahli keluarga. Selepas pembedahan, Zuhairi lebih ceria tetapi masih perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.
Kini Zuhairi sudah berumur 22 tahun dan masih lagi mendapat rawatan hospital, di mana dia dijangka akan membuat 1 lagi pembedahan injap pada 23hb April 2020 tetapi pihak hospital mahu mempercepatkan pembedahan itu kerana jantungnya membengkak dan kemungkinan jika ada kekosongan dia akan dihantar ke IJN tahun ni juga. Disebabkan perlu membuat pembedahan, Zuhairi merasa sangat sedih, tetapi keluarga dan rakan-rakan sering memberi semangat, kekuatan dan keyakinan kepadanya.
Harapan kami ialah agar Zuhairi akan terus sihat dan menjalani kehidupan seperti normal dengan gembira. Kami juga berharap agar mereka yang berkemampuan dapat menyalurkan bantuan kepada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah agar mereka dapat membantu lebih ramai lagi kanak-kanak yang amat memerlukan bantuan dan terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada Persatuan kerana talah membantu Zuhairi dengan menaja kos pembedahan jantung di Kuala Lumpur. Terima kasih.
- Ditulis oleh Pn. Asmah (2020)

