Lewybrilliantlee Fatlee (Lewy)
Lewybrilliantlee Fatlee (Lewy) kini berumur 5 Tahun dan berasal dari Kg. Parapat Darat, Kudat. Lewy adalah anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Doktor mengesahkan bahawa Lewy menghidap penyakit jantung pada 18.12.2017 di Hospital Queen Elizabeth 2, ketika berumur 1 tahun 5 bulan.
Keadaan Lewy pada masa itu ialah susut berat badan dan BMI juga tidak stabil. Halangan dan cabaran untuk rawatan di hospital ialah kos pembedahan, tetapi syukur kepada Tuhan kerana Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah dan Lions Club datang memberikan bantuan dan menaja kos rawatan dan pembedahan Lewy. Persatuan juga ada memberikan duit poket untuk perbelanjaan semasa di IIN, Kuala Lumpur.
Pada 1.2.2018 Lewy dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pembedahan. Lewy discharge dari IJN pada 10.02.2018. Selepas pembedahan, Lewy sudah beransur sembuh, berat dan ketinggian badan telah stabil dan hanya 3 kali temujanji di Hospital Queen Elizabeth 2. Pada temujanji yang ketiga kali di HQE2 Dr. Siva Rao telah mengesahkan bahawa Lewy telah sembuh sepenuhnya dan sekarang Lewy tidak perlu hadir temujanji lagi di mana-mana hospital.
Harapan kami sebagai ibubapa agar Lewy sihat selalu disamping keluarga yang menyayanginya dan Lewy dapat berjumpa lagi dengan anda semua di masa akan datang. Terima kasih kepada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah, Lions Club, Dr. Siva, jururawat dan semua pihak yang telah membantu Lewy. Bantuan yang telah diberikan amatlah dihargai dan kepada penyumbang-penyumbang di luar sana terima kasih banyak-banyak.
- Ditulis oleh ibu Lewybrilliantlee (2021)

