Skip to main content
  • Zuhairi berjaya menjalani pembedahan jantung di Gleneagles Intan Medical Centre atas tajaan Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah, ketika berumur 2 tahun. Kini Zuhairi sudah berumur 22 tahun dan masih lagi mendapat rawatan hospital, tetapi keluarga dan rakan-rakan sering memberi semangat, kekuatan dan keyakinan kepadanya.

    Mohd Zuhairi ( 2020 )
  • Arion Allyando berumur 3 tahun dan berasal dari Kg. Paginatan, Ranau. Pertama kali kami dimaklumkan oleh doktor bahawa Arion menghidap penyakit jantung semasa umur Arion 3 hari. Ketika saya mendapat berita tersebut, saya dan seluruh ahli keluarga sangat sedih dan risau kerana keadaan Arion yang sangat kecil ketika itu..

    Arion Allyando ( 2022 )
  • Hisyam has been diagnosed with VSD since he was borne and the doctor informed that he needs to have a heart surgery. The mother was very worried about the risk and also the cost. However, SOSHF came to rescued when we see the need and that the baby health was getting weaker and need an urgent operation in order to live normally.

    Mohamad Hisyam ( 2022 )
  • Lewybrilliantlee Fatlee (Lewy) kini berumur 5 Tahun dan berasal dari Kg. Parapat Darat, Kudat. Lewy adalah anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Doktor mengesahkan bahawa Lewy menghidap penyakit jantung pada 18.12.2017 di Hospital Queen Elizabeth 2, ketika berumur 1 tahun 5 bulan.

    Lewybrilliantlee Fatlee (Lewy) ( 2021 )
  • Ivy Lynn Ridi kini berumur 5 tahun dan berasal dari Kg. Lasau Minunsud, Kota Belud, Sabah. Doktor memaklumkan bahawa anak kami Ivy disahkan menghidap penyakit jantung berlubang semasa umur 4 bulan, dan keadaannya sangat membimbangkan dan merisaukan kami kerana berat badannya menurun dan tidak meningkat. Setiap kali minum susu sama ada menggunakan botol susu atau susu badan dia tetap akan kelihatan penat dan mulut menjadi kebiruan.

    Ivy Lynn ( 2021 )
  • Herlena, 8 years old girl hailed from Tenom. Herlena was diagnosed with moderate ventricular septal defect which needs a VSD closure. Herlena has a younger sister and the father is the only bread earner with 5 other members to support.

    Herlena Magdalena ( 2022 )
  • Kami sekeluarga sangat bersyukur kepada Tuhan dan terhutang budi serta berterima kasih kepada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF), Datuk Eva Susau dan staff SOSHF, badan NGO Korean Food For The Hungry International (KFHI) Sabah, Mr. & Mrs. Lee, semua doktor dan jururawat di HWKKS Likas dan Hospital Sejong, Korea yang telah membenarkan Tuhan menggunakan mereka sebagai saluran berkat untuk menyembuhkan saya.
    Kini saya membesar dengan sihat dan cerdas dalam pelajaran serta aktif dalam kokurikulum di sekolah. Saya juga menyertai seni mempertahankan diri Taekwondo.

    Hanna Faith ( 2021 )
  • Sejak Sherrynnie berumur 2 bulan, berat badannya tidak meningkat sehinggalah dia berumur 3 bulan, saya dengan segera membawa dia ke Klinik Kesihatan Penampang untuk berjumpa dengan doktor kerana pada waktu itu dia mengalami selesema dan batuk. Setelah doktor memeriksanya, doktor memberitahu bahawa terdapat bunyi yang berbeza pada jantungnya. Doktor kemudian memeriksa peratus oksigen dalam darahnya di mana bacaan oksigen kurang daripada 96% iaitu 92% dan ke bawah.

    Sherrynnie Allnie ( 2021 )
  • Selepas pembedahan, hati saya berasa cukup lega. Saya melihat semua kanak-kanak dari Malaysia selamat dibedah dan proses penyembuhan juga cepat, Puji Tuhan. Saya juga amat bersyukur kerana dapat bersama-sama dalam kumpulan ini. Setiap ibu-ibu dapat bekerjasama dan tolong-menolong. Kami seperti sebuah keluarga walaupun ada yang berlainan agama.

    Irene Foo Yi Ting ( 2020 )