Skip to main content

Sherrynnie Allnie

Saya Marnie, ibu kepada Sherrynnie Allnie Shermon dan kami berasal dari Papar Sabah. Sejak Sherrynnie berumur 2 bulan, berat badannya tidak meningkat sehinggalah dia berumur 3 bulan, saya dengan segera membawa dia ke Klinik Kesihatan Penampang untuk berjumpa dengan doktor kerana pada waktu itu dia mengalami selesema dan batuk. Setelah doktor memeriksanya, doktor memberitahu bahawa terdapat bunyi yang berbeza pada jantungnya. Doktor kemudian memeriksa peratus oksigen dalam darahnya di mana bacaan oksigen kurang daripada 96% iaitu 92% dan ke bawah. 

Pada hari itu juga (8.3.2017), anak saya telah dihantar ke Hospital Likas dan doktor memeriksa jantung anak saya di mana dia mendapati bahawa jantung anak saya berlubang. Selepas itu, anak saya dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth II pada 10.3.2017 untuk berjumpa dengan pakar jantung dan beliau memberitahu bahawa Sherrynnie harus dibedah.

Pada 27.3.2017 anak saya dihantar ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, di mana dia berjaya mendapat tajaan penuh daripada pihak Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah. Sherrynnie telah berjaya menjalani pembedahan jantung pada 28.3.2017 dan dipindahkan ke wad kanak-kanak selepas 4 hari berada di Unit Rawatan Rapi. 

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah yang telah banyak membantu kami dari segi kewangan, tanpa Persatuan ini mungkin anak kami masih menderita penyakit jantung berlubang.

- Marnie Dungkis (2021)