Skip to main content
  • Di sini mama Jannah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah dan pihak hospital kerana telah membantu Jannah. Kami tidak dapat membalasnya walau dengan nyawa sekali pun kerana bantuan mereka terlalu besar dan amat bermakna buat kami, hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik mereka.

    Nurjannah Fatimah ( 2021 )
  • Diyanah Nadiah dilahirkan secara normal dengan berat 2.45kg dan Diyanah dimasukkan ke NICU kerana premature 36 minggu. Selepas beberapa hari didalam NICU level 1, Diyanah disyaki ada masalah jantung kerana apabila jururawat yang bertugas memberi susu, Diyanah memuntahkan susu keluar berkali-kali. Doktor mengesahkan Diyanah menghidap masalah usus pada mulanya iaitu Duodenal Stenosis with Annular Pancreas.

    Diyanah Nadiah ( 2020 )
  • I was diagnosed with Chronic Rheumatic Heart Disease (CRHD) in 2020, where my mother found out that I cannot walk for 2 weeks. Moreover, I also complaint that I have a pain on my chest area and admitted in Tuaran Hospital to be monitored by the doctor. After 5 days in the ward, I was transferred to Likas Hospital for further examination and the doctor diagnosed me with CRHD.

    Faizal ( 2021 )
  • Holy telah disahkan menghidap jantung berlubang pada usia 3 bulan. Ini gambar Holy selepas pembedahan pada 13.06.2021 ketika berusia 5 bulan dan kini dia membesar dengan sihat dan semakin aktif.

    Holy Clara
  • This is the story about a little girl name Nurul Alieya from Kg. Langkon Baru, Kota Marudu with her 5 other siblings (age ranging from 2 years old to 12 years old). She was sent to Korea to undergo corrective heart surgery in 2013 accompanied by her father, at the age of 6 years old (Her mother stayed to look after her siblings). Today, Alieya is 14 years old.

    Nurul Alieya Chee
  • Ivy Lynn Ridi kini berumur 5 tahun dan berasal dari Kg. Lasau Minunsud, Kota Belud, Sabah. Doktor memaklumkan bahawa anak kami Ivy disahkan menghidap penyakit jantung berlubang semasa umur 4 bulan, dan keadaannya sangat membimbangkan dan merisaukan kami kerana berat badannya menurun dan tidak meningkat. Setiap kali minum susu sama ada menggunakan botol susu atau susu badan dia tetap akan kelihatan penat dan mulut menjadi kebiruan.

    Ivy Lynn ( 2021 )
  • Jason disahkan menghidap penyakit jantung pada 20/10/17. Pada ketika itu pernafasannya sangat laju dan sukar untuk bernafas. Selain itu, dia juga tidak mahu menyusu dan mengakibatkan berat badannya menyusut dan sering kali menangis. Kami sebagai ibubapa sangat sedih apabila doktor memberitahu keadaan anak kami yang menghidap penyakit jantung.

    Jason Johny ( 2021 )
  • Elly was born with Congenital Heart Disease with Large ASD in failure and she undergone an open-heart surgery when she was only 2 years old. She went to Penang Adventist Hospital accompanied by her mother in 2012. Her mother shared that Elly had been diagnosed with CHD at 6 months of age and at that time Elly’s condition was very worrying because she was not sucking well and was underweight for her age. After the operation, Elly live a normal life like any other children.

    Elly Merinin
  • Lewybrilliantlee Fatlee (Lewy) kini berumur 5 Tahun dan berasal dari Kg. Parapat Darat, Kudat. Lewy adalah anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Doktor mengesahkan bahawa Lewy menghidap penyakit jantung pada 18.12.2017 di Hospital Queen Elizabeth 2, ketika berumur 1 tahun 5 bulan.

    Lewybrilliantlee Fatlee (Lewy) ( 2021 )