Skip to main content

Holy Clara

Salam sejahtera, saya Christ Gabriel ibu kepada Holy Clara dan kami berasal dari Keningau. Holy telah disahkan menghidap jantung berlubang pada usia 3 bulan. Ini gambar Holy selepas pembedahan pada 13.06.2021 ketika berusia 5 bulan dan kini dia membesar dengan sihat dan semakin aktif.

Dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan keselamatan dan kesembuhan anak saya Holy, dan kepada Dr. Siva dan jururawat yang telah merawat anak saya selama berada di Institut Jantung Negara. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah yang telah banyak membantu kami dari segi kewangan. Tanpa Persatuan ini mungkin anak saya masih menderita penyakit ini sampai sekarang. 

Terima kasih juga kepada Datuk Eva yang sentiasa bertanyakan khabar, mendoakan dan memberikan kata semangat kepada saya dan sanggup menunggu kami sekeluarga tiba di airport Kota Kinabalu pada hari kepulangan kami. Tidak lupa juga kepada Fainis yang sentiasa menghantar mesej untuk bertanya khabar serta perkembangan anak saya, membantu saya dalam berurusan di airport dan IJN. Dengan semua bantuan yang ada, perjalanan kami dipermudahkan untuk kami sekeluarga sehinggalah Holy berjaya menjalani pembedahan. Tidak ada yang mampu kami balas, hanya doa kami mohon kepada Tuhan untuk membalas segala kebaikan mereka. Semoga Tuhan selalu memberi kesihatan yang baik serta memberkati kebaikan mereka. 

Terima kasih Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah.

- Ditulis oleh ibu Holy Clara