Latest News
Success Stories
Holy telah disahkan menghidap jantung berlubang pada usia 3 bulan. Ini gambar Holy selepas pembedahan pada 13.06.2021 ketika berusia 5 bulan dan kini dia membesar dengan sihat dan semakin aktif.
Holy Clara
Ivy Lynn Ridi kini berumur 5 tahun dan berasal dari Kg. Lasau Minunsud, Kota Belud, Sabah. Doktor memaklumkan bahawa anak kami Ivy disahkan menghidap penyakit jantung berlubang semasa umur 4 bulan, dan keadaannya sangat membimbangkan dan merisaukan kami kerana berat badannya menurun dan tidak meningkat. Setiap kali minum susu sama ada menggunakan botol susu atau susu badan dia tetap akan kelihatan penat dan mulut menjadi kebiruan.
Ivy Lynn ( 2021 )
Kami sekeluarga sangat bersyukur kepada Tuhan dan terhutang budi serta berterima kasih kepada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF), Datuk Eva Susau dan staff SOSHF, badan NGO Korean Food For The Hungry International (KFHI) Sabah, Mr. & Mrs. Lee, semua doktor dan jururawat di HWKKS Likas dan Hospital Sejong, Korea yang telah membenarkan Tuhan menggunakan mereka sebagai saluran berkat untuk menyembuhkan saya.
Kini saya membesar dengan sihat dan cerdas dalam pelajaran serta aktif dalam kokurikulum di sekolah. Saya juga menyertai seni mempertahankan diri Taekwondo.Hanna Faith ( 2021 )


