Muhd Nuradib Bin Peter
Saya ibu kepada Muhammad Nuradib Bin Peter yang dilahirkan pada 29 Julai 2012 dan berasal dari Kg. Bahagia Nabawan Pensiangan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam hal-hal ini. Anak saya Muhammad Nuradib bercita-cita ingin menjadi seorang doktor apabila besar nanti. Dari kecil anak saya disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Selama ini anak saya menjalani rawatan di Hospital likas oleh Dr. Siva. Dr. Siva telah memberi cadangan kepada kami bahawa anak saya mempunyai peluang untuk menjalani pembedahan di Korea secara percuma pada 13/3/2016. Satu kumpulan doktor dari Korea ke Hospital Likas telah membuat pemeriksaan dan ECHO di Hospital tersebut. Di sana kami telah berjumpa dengan Datuk Eva Susau dari Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah yang telah memberikan penerangan dan maklumat yang banyak tentang Persatuan ini.
Pada 20/2/17 saya dan anak saya telah pergi ke Korea diketuai oleh Mrs. Lee. Anak saya telah berjaya menjalani pembedahan pada 22/2/17. Di sini saya banyak berterima kasih kepada Mr. Back Jong Gu, Presiden Seong-An Heart Foundation yang telah memberi sumbangan dan membawa makanan yang banyak semasa kami berada di hospital.
Sebenarnya kami tidak mampu menampung kos pembedahan anak kami yang sangat tinggi kerana pendapatan yang tidak mengizinkan.
Oleh itu, saya berharap agar Persatuan ini dapat membantu lagi orang lain. Jika ada tersilap kata dan terkasar bahasa, saya ingin memohon maaf.
- Ditulis oleh ibu Muhammad Nuradib

